BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 16, 2009

raya oh raya,,,

rasulullah pernah bersabda:

"orang yang berpuasa itu akan memperolehi dua nikmat yang luar biasa,iaitu nikmat ketika berbuka puasa dan nikmat ketika bertemu dengan tuhan-Nya."

Mafhum dari ayat ini yang dikatakan berbuka puasa iaitu berbuka puasa setelah menahan dari daripada makan dan minum bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.1 lagi mafhumnya yang dikatakan berbuka puasa itu adalah hari raya iaitu setelah kita berpuasa sebulan di bulan ramadhan.
Manakala nikmat bertemu Allah ialah ketika hamba-hambaNya itu diberikan ganjaran pahakla yang berlipat kali ganda dari bulan lain serta nikmat kelapangan waktu hamba-hambaNya mendekatkan diri kepadanYA.

Itu sebahagian daripada nikmat yang Allah beri kepada hambaNya.Namun adakah kita selaku hamba menyedari kurniaan Allah ini?ataupun kita masih lagi leka dengan habuan dunia?
Adakah selepas berakhirnya ramadhan ini amalan kita,sikap kita,pembacaan kita,pemakanan kita,gerak kerja kita masih ditakuk yang lama?

Para sahabat biasanya akan menangis ketika berada penghujung ramadhan kerana pada pemikran mereka mungkin ramadhan ini adlah ramadhan yang terakhir bagi mereka.Tetapi kelakuan umat Islam zaman ini jauh berbeza pemikirannya..
Di penghujung ramadhan ini lah berlakunya perlumbaan yang hebat di pasaraya-pasaraya,gedung-gedung dan butik-butik yang menawarkan pakaian-pakaian yang cantik-cantik untuk persediaan hari raya nanti..tidak kurang juga perabot-perabot jati ukiran luar negara turut menjadi taruhan para peniaga sebelum menjekangnya hari raya ini.

Maka terjadilah satu perlumbaan di kalangan umat Islam dalam satu pertandingan yang boleh membawa kepada kelalaian kepada Allah serta menghilangkan hikmah-hikmah berpuasa.Adakah kita sedar semua itu?

wahai saudara-saudariku sekalian,
bersyukurlah kita di malaysia ini masih mampu untuk meraikan aidilfitri dalam keadaan yang aman dan sejahtera.Berbeza dengan kondusi saudara-saudara kita yang berada di Selatan Thai,Afghanistan,Iraq,Kemboja serta lain-lain negara yang mana mereka merayakan aidilfitri dalam keadaan yang huru hara,makanan yang tidak mencukupi,pakaian yang tidak bertukar sekian lama,rumah yang tidak pernah berhias dan macam-macam lagi kekurangan dalam sambutan aidailfitri mereka.

Jesteru saya menyeru saudara saudari sekalian supaya kita menyelami sedalam-sedalamnya mengapakah Allah menjadikan bulan ramadhan dan hari raya aidilfitri ini.
Semoga kita dapat mencapai taqwa yang disebut oleh Allah dalam surah al-baqarah..
mafhumnya " wahai orang beriman,hendaklah kamu berpuasa sepertimana umat-umat yang terdahulu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"

sekian dulu dari saya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL A'IDIL WAL FAIZIN.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
WSLM..

0 comments: