BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 3, 2009

ramadhan madrasah tarbiah

acapkali kita terdengar dendangan lagu di bibir anak-anak kecil mengalunkan bulan-bulan islam dari kumpulan nasyid alarme membuatkan igatan kita segar kembali mengigati bulan-bulan suci ini.

"Muharram,safar.rabiul awwal.rabiul akhir,jamadil awwal.jamadil akhir.rejab.sya'ban, ramadhan , syawal ,zulkaedah ,zulhijjah...."

Namun, sedarkah kita bahawa Allah telah menurunkan bulan ramadhan untuk memberi peluang dan ruang kepada hambanya untuk mendekati-Nya.Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda,pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya manakala pinytu neraka ditutup serapat-rapatnya.Tidak cukup dengan Allah menyatakan lagi bahawa amalan-amalan sunat akan diangkat setaraf dengan amalan fardhu dana amalan-amalan fadhu bertambah-tambah nilai ganjarannya.
Syaitan dan ahli keluarganya dibelenggu dan dihalang dari menggangu anak-anak Adam dari menjalankan amal ibadah didalam bulan yang mulia ini.Jadi, unsur keburukan dalam diri manusia sudah berkurang,yang tinggal nafsu sahaja di dalam diri.

Tapi persoalan disini, adakah kita hamba yang dhaif ini mengambil peluang keemasan ini?

Adakah selama 11 bulan dengan keberadaaan kita diluar bulan ramadahan ini tidak mampu memelihara nafsu kita?

Adakah amal ibadah kita semakin banyak di dalam bulan tarbiah ini?
Adakah kita semakin mendekati pencipta kita rabbul 'izzati?
Adakah selepas bulan ramadhan ini,kita akan tetap istiqamah dan konsisten dalam pengamalan tadarus al-quran,solat sunat, amalan bersedekah,beriktikaf di masjid?

Sama-samalah kita kembali mengoreksi diri terhadap keghairahan kita dalam merebut peluang yang dihidang oleh Allah ini..

Tahun ini amat istimewa bagi umat Islam kerana sambutan hari kemerdekaan yang ke 52 jatuh didalam bulan ramadhan..
Merdeka??
Apakah sebenarnya takrif kemerdekaan ini?

adakah kita kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang disuka?
ataupun kebebasan seorang hamba dari mengabdikan diri selain daripada Allah?
Alhamdulillah,tahun ini tidak kedengaran berlaku sambutan-sambutan kemerdekaan yang dahsyat yang membawa kepada kemaksiatan.

Dengan slogan 1 Malaysia,pencapaian didahulukan rakyat diutamakan pada fikiranku ada kelihatan berlakunya tranformasi pemikiran daripada rakyat kerana masih waras untuk menghormati bulan yang mulia ini.
Jika sebelum ini,rakyat akan menyambut sebarang perayaan yang gemilang dengan konsert-konsert,pesta-pesta tetapi pada tahun ini cara sambutan sudah berubah.Rakyat menyambut kemerdekaan dengan melangkahkan kaki kenuju ke rumah Allah untuk menyatakan tanda kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama 52 tahun ini.Alhamdulillah,mudah-mudahan kita dirahmati olehNya.

Saudara dan saudaraiku sekalian,
kita sekarang berada dipertengahan ramadahn dan tinggal beberap saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Persoalannya adakah ada lagi Ramadhan buat kita untuk tahun-tahun yang akan datang?
Jadi sebagai persiapan marilah kita bersama-sama istiqamah dan konsisten dalam mengejar amal ibadat dalam bulan ini.
Ingatlah firman Allah didalam suarj al-baqarah ayat 183 :

يآيهالذين ءا منوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلّكم تتّقون

mafhumnya :
Wahai orang2 beriman,telah difardhukan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diperintahkan keatas umat2 terdahulu mudah-mudahan kamu akan menjadi orang2 yang bertaqwa.

sabda nabi Muhammad s.a.w :

من قام رمضان ايمنا واحتسبا غفراله ما تقدّم من ذنبكز
mafhumnya :
Barang sesiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan,maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.

Semoga Ramadhan ini dapat menjadikan kita hamba yang bertaqwa dan semoga kita dapat mengecapi nikmat malam lailatulqadar yang mana malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Insyallah..
Salam Ramadhan al-mubarak..

0 comments: