BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 17, 2011

SKDM

ALHAMDULILLAH,

Monday, July 26, 2010

ESQ..

Salam..
sudah lama saya tidak melakar coretan dlm blog ni..
Kali ini ingin saya menyentuh berkenaan satu isu yang agak panas waktu kini iaitu ESQ.

Persoalan haramkah atau perlukah diperbetulkan ESQ berbangkit setelah pihak Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Haji Wan Zahidi Wan Teh mewartakan hujahnya dalam bentuk fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bahawa kursus ESQ bercanggah dengan ajaran Islam.
Menurut fatwa tersebut, kursus ESQ yang diasaskan oleh Ary Ginanjar Agustian adalah menyeleweng daripada ajaran Islam kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariat Islam. Fatwa tersebut telah menguraikannya kepada 10 ajaran yang difatwakan menyeleweng, antaranya adalah mendukung fahaman Islam liberal dan plural agama, mendakwa para Nabi mencapai kebenaran melalui pencarian bukan pilihan Allah, mencampur aduk ajaran Islam dengan Kristian, Yahudi dan amalan kerohanian Hindu, menekankan suara hati sama dengan Hindu, mengutamakan logik, mengingkari mukjizat, menggunakan Kod 19 rekaan Rasyad Khalifah untuk mentafsir al-Quran, menyamakan bacaan 17 kali surah al-Fatihah dengan amalan Bushido menurut agama Buddha, mengiaskan mukjizat Nabi Musa dengan apa yang berlaku kepada seorang juruterbang, dan mentafsirkan kalimah syahadah sebagai “triple one” sama dengan konsep trinity dalam ajaran Kristian.
Kepada umat Islam seluruhnya, hujah Mufti Wilayah Persekutuan itu sudah menjadi satu fatwa bila ia diwartakan pada 17 Jun 2010. Meskipun pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom sudah menghadkan pemakaian fatwa itu untuk Wilayah Persekutuan sahaja (Utusan Malaysia, 9 Julai 2010), namun ia dilihat sebagai kenyataan yang terkeluar daripada konteks amalan keIslaman. Penting dilihat ialah pihak mufti sudah memfatwakan dengan mengemukakan hujah lalu menghukum ESQ haram kerana ada beberapa perkara amalan di dalam ESQ bercanggah dengan Islam.
Sementara ada pihak lain yang belum boleh menerima fatwa tersebut, malah terus menghalalkan ESQ itu dengan pelbagai alasan yang bukan hujah memfatwa. Termasuklah menyandarkan hasil muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikatakan berhujah yang tidak mengharamkan. Walau bagaimanapun, majlis itu belum mengeluarkan lagi sebarang fatwa mengenai ESQ itu.
Dalam menyelesaikan kekeliruan atau kekaburan serta percanggahan tentang penerimaan kursus motivasi ESQ ini, sebaiknya muzakarah dapat diadakan sekali lagi. Muzakarah itu penting bagi memahami realiti kursus ESQ sebelum difatwakan di peringkat kebangsaan. Setidak-tidaknya dapat memandu masyarakat yang berminat dengan ESQ memahami isu agama sebenar yang tersirat di sebalik kursus yang diikuti nanti. Paling utama, kandungan fatwa Mufti Wilayah Persekutuan itu dapat dijadikan bahan untuk dimuzakarahkan. Berpandukan hujah mufti itu sebagai bahan perbincangan diyakini banyak persoalan dapat dirungkaikan. Paling penting dirungkaikan adalah apa yang tersirat dan tersurat asas Islam di sebalik pendekatan motivasi diri yang memberi makna E (emotion), S (spiritual) dan Q (quotient) atau dipermudahkan sebagai kecerdasan emosi dan spiritual yang kini mencandui segelintir masyarakat yang mencari kesedaran akidah dan akhlak Islam serta kesungguhan diri ke arah terbaik.
Oleh kerana itu, ia tidak padan dengan pengumuman mufti-mufti untuk menjawab semua persoalan yang keliru mengenai pengisian kursus ESQ. Misalnya, Sinar Harian (9 Julai 2101) menyiarkan jawapan Mufti Perak yang menghukumkan motivasi anjuran ESQ Leadership Centre Sdn Bhd (ESQ) tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Islam selain tidak mempunyai unsur-unsur yang membawa kesesatan dan tidak ada kena mengena dengan fahaman liberalisme dan pluralisme.
Bagaimana pula dengan hujah Mufti Wilayah yang memfatwakan kursus ESQ itu adalah mendukung fahaman liberalisme dan pluralisme-agama. Bukti dengan hujahnya berlaku dalam kursus ESQ amalan mentafsir nas-nas agama secara bebas dan mengajar peserta berfahaman semua agama adalah sama dan benar.
Masyarakat ingin tahu, apakah hujah Mufti Perak lebih menepati hukum berbanding Mufti Wilayah Persekutuan, sedangkan hujah Mufti Wilayah Persekutuan sudah dapat dibaca.
Langkah penyelesaian
Langkah ke arah penyelesaian amat wajar memandangkan alumni atau lepasan kursus ESQ ini sudah puluhan ribu. Berpandukan kenyataan Mufti Selangor (Sinar Harian 12 Julai), pihak berwajib fatwa belum memutuskan apa-apa fatwa, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa MKI dapat bertindak cepat sebelum kekhilafan menjadi lebih kusut. Apa yang utama, pihak Jawatankuasa Fatwa MKI itu dapat menjadi penyelesai muktamad sesuai dengan fungsinya ke arah menyelesaikan masalah-masalah keagamaan kini melanda masyarakat Islam yang melalui atau akan melalui kursus ESQ.
Di mana perginya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diberi tanggungjawab memajukan Islam di negara ini? Seharusnya Jakim bertindak secara produktif dan aktif. Jangan pula Jakim dilihat sebagai agensi pusat yang cepat dalam hal ehwal politik pemerintah seperti isu Wahabi dan Syiah sahaja. Semoga bergandingan baik Jawatankuasa Fatwa MKI dengan Jakim. Perbetulilah mana yang tersilap. Kini isu ESQ sudah kelihatan tersilap, maka perbetulkan demi kemajuan seluruh umat Islam.

ada 10 sebab yang menyatakan ESQ ini haram iaitu:

Pertama: 'Mendukung fahaman Liberalisme iaitu memahami atau mentafsir nas-nas agama (Al-Quran dan as-Sunnah) secara bebas'.
Kedua: 'fahaman pluralisme agama yang mengajar semua agama adalah sama dan benar'.
Ketiga: 'Mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Islam dan Rasul'.
Keempat: 'Mencampurkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, SQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi'.
Kelima: 'Manakala "God Spot" adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran'.
Keenam: 'Menekankan konsep 'suara hati' atau 'conscience' sbg sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian... juga merupakan ajaran agama Hindu'.
Ketujuh: 'Menjadikan lojik sebagai sumber utama. Ini bertentangan dengan aqidah Islam.... mengingkari mukjizat dan menganggap tidak dapat diterima oleh akal'.
Kelapan: 'Menggunakan kod 19 rekaan Rasyad Khalifah'.
Kesembilan: 'Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari oleh orang Islam dengan amalan Budshido oleh orang Jepun yang berteraskan agama Buddha'.
Kesepuluh: 'Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Proses (ZMP)'.

jadi kita mengharapkan golongan alim ulamak dapat memberikan penjelasan secara lanjut berkenaan ESQ ini.jika ia boleh diperbetulkan,silalah kemukakan kaedah-kaedah ayng boleh digunkan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dlm ESQ ini.Semoga kemunculan isu dapat membuka mata umat Islam berkenaan isu semasa yang sedikit sebanyak menggugat aqidah kita selaku umat Islam.
sekian,WASSALAM.

Friday, January 29, 2010

bahana e-voting






salam..
Anda masih dalam suasana PRK?
Tidak dapat diselindungkan lagi pertembungan ideologi mahasiswa universiti iaitu kumpulan PRO MAHASISWA dan PRO-ASPIRASI semakin hangat didalam negara kita.
Pertembungan diantara dua golongan intelektual mengenai politik di dalam kampus yang menyentuh pelbagai isu.
saya lebih suka menumpukan kepada kampus saya sendiri iaitu UM.


Menurut sumber dari harakah daily :

Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.

Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.

Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.

Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.

Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.

Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.

Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.

Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.

Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.


Dengan pelaksaan evoting telah menyebabkan satu demontrasi diadakan untuk menuntut pilihanraya semula secara manual kerana terdapat unsur2 penyelewengan semasa proses pembuangan undi.Sistem ini didapati telah didalangi oleh golongan tertentu yang menyebabkan keputusan pilihanraya dipertikaikan.
Menurut suara2 dari beberapa mahasiswa mereka tertanya2 mengapa perlu meletakkan no matrik semasa mebuaang undi dan mengapakah ID password diberikan oleh pihak HEPA dan bukannya ID password itu dibuat sendiri oleh mahasiswa.Ini menimbulkan keraguan kepada pelajar kerana dikhuatiri undi mereka bukan lagi rahsia kerana ada pihak2 tertentu bebas untuk menyemak undian yang telah mereka lakukan.
Ini bermakna demokrasi kampus telah terkubur dan pelaksanaan untuk memilih pimpinan pelajar hanyalah sekadar boneka.

Berlakunya kekecohan selepas pengumuman PRK malam Khamis yang lalu dengan beberapa kumpulan pelajar mendakwa berlakunya penyelewengan.

Kekecohan berlarutan sehingga pagi semalam yang menyaksikan rundingan lebih empat jam terpaksa diadakan oleh pentadbiran UM yang diketuai oleh naib canselornya Gauth Jasmon dengan kumpulan pelajar.

Turut hadir bersama rundingan semalam ialah bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad.

Menurut beliau, bagi mengendurkan ketegangan naib canselor bersetuju menggantung buat sementara semua keputusan pilihan raya kampus UM sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

Gauth juga dikatakan bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya semua tuduhan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus harus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Friday, January 15, 2010





GELOMBANG PILIHANRAYA KAMPUS KINI KIAN TERASA..
antara paparan PRK09..

Tuesday, November 17, 2009

bila exam dah abis..

salam..
minggu ni adalah minggu akhir peperiksaan untuk mahasiswa/i di kebanyakan ipta termasuklah di UM ni..
Segala apa yang dipelajari dalam sem ni telah pun habis dicurahkan dalam helaian-helaian kertas jawapan dan segala nota telah pun abis dihafal dan ditinggalkan di merata-rata tempat.
bagi sesiapa yang telah merdeka dari exam,alangkah gembiranya mereka ini kerana telah bebas dari tekanan study manakala yang masih ada exam kenalah study lagi..
exam x abis lagi,apalagi kan..hehehe
hmm..
semalam bila abis je exam pemikiran politik Islam semalam ak terus je ke bilik sahabatku Fadil iaitu tempat untuk aku study last2 minit sebelum masuk dewan exam..
aku tengok Fadil agak tensyen kerana dia tersalah jawab soalan dan ak cuba untuk menenangkan dia dan alhamdulillah dia ok selepas beberapa ketika.
Tiba2 die buka cite omputih cite pasal end of the day iaitu filem 2012..
ak pun layan cite ni padahal mata ak time punya mengantuk sangat,tapi member punya pasal ak layan je..
tgk die punya kronologi cite tu agak menarik gak lah bermula dengan kajian oleh beberapa saintis tentang perubahan yang ketara dalam stuktur bumi dan kemudian bermula gempa bumi di tempat2 tertentu,kemudian pula meletusnya gunung2 berapi pastu plak terjadi plak ombak yang tersangat besar yang telah memusnahkan muka bumi ini.
dahsyat gak ak tengok..

dalam ak duk melayan cite tue,ak terfikir sejenak..
hmm..
dalam sem ni ap yang dah ak belajar?
dapatkah ak huraikan balik apa yang dah ak belajar tue?
ataupun sekadar hafal untuk masuk exam je?
huhu..

ak teringat ad hadis rasullah yang menceritakan mafhum dia ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah.

hmm..
ak nie amalkan ke apa yang ak belajar tue?
kenapa ak x amalkan?
ak x percaya ke dengan ilmu tue?
ada halangan ke untuk ak nak amalkan?
ataupun aku malas?
huhu

rasulullah bersabda,mnafhumnya:
'Barang sesiapa yang menuntut ilmu dengan niat untuk menyebarkan ilmu tersebut dia akan ganjaran daripada penyebaran ilmu itu selagi mana ilmu disampaikan kepada orang lain."
dari hadis ni sepatutnya kita kena amik iktibar sahabat2,ilmu itu milik Allah dan kita ni sekadar pemegang sahaja.sepatutnya kita sebagai mahasiswa perlu ada wawasan untuk meluaskan lagi ilmu2 yg kita dapat ini kepada masyarakat.
hmm..
dalam subjek pemikran politik islam perbandingan,al-farabi ada disebut masyarakat yang terbaik salh satu cirinya ialah mempunyai tahap keilmuan yang tinggi.
jadi kita selaku mahasiswa mempunyai peranan yang penting ke arah merealisasikan masyarakat terbaik ini.


dalam kesempatan cuti sem ni ak menyeru diriku dan sahabat2 sekalian curahkanlah ilmu yang kita ada ini untuk kebaikan bersama,jangan biarkan masyarakat kita jahil dalam pelbagai ilmu khususnya ilmu agama.
Bagi sesiapa yang ada kesempatan untuk memberi ceramah ataupun tazkirah di masjid atau surau maka sebarkanlah.bagi sesiapa yang ad kesempatan untuk mengajar tuisyen
waktu cuti ni maka sebarkanlah ilmu itu.barang sesiapa yang ad kesempatan untuk anjurkan program motivasi or something else maka sebarkan lah ilmu itu..
ada pepatah yang menyebut " air yang bertakung kalo tidak mengalir lama - kelamaan akan menjadi keruh". begitulah kita boleh ungkapkan dengan persamaan orang yang berilmu ini dengan air yang bertakung..

hmm..
coretan ni adalah sebagai satu motivasi untuk diriku ini sambil ak melibatkan sahabat2 tentang motivasi ini.sekian saja untuk kali ini.

Monday, November 9, 2009

Akhlak Menurut Imam

Ghazali Akhlak pada Imam Ghazali mempunyai pengertian tersendiri dan mempunyai batas pengertiannya sendiri. Pengertian akhlak baginya mengenai cara-cara suluk, mengenai jalan mendekatkannya kepada Allah sesuai dengan apa yang telah ditetapkan oleh syariat Islam dan ahli-ahli feqah.

Oleh sebab itu, beliau menggunakan banyak nama untuk akhlak itu. Kadang-kadang beliau menambahnya jalan ke akhirat, sesekali menamakannya sifat-sifat hati, pada suatu tempat lain beliau menggunakan kata rahsia amal ibadat agama, bahkan pernah menggunakan sebutan budi pekerti yang baik di mana ia dijadikan nama bagi sebuah karya karangannya iaitu Akhlak al-Abrar.

Sebuah karangannya yang terpenting dan masyhur diberi nama Ihya’ Ulumuddin iaitu Pembangkit Ilmu-ilmu Agama. Kita dapat merumuskan maksud akhlak di sisi Imam Ghazali berdasarkan kepada nama– nama di atas ialah membentuk jiwa dan mengembalikannya kepada apa yang telah digariskan oleh syariat Islam sebagaimana yang telah dilalui oleh ahli-ahli mukasyafah dan ahli tasawwuf Islam serta apa yang pernah dilakukan oleh para nabi, siddiqin dan para syuhada’ yang soleh.

Kadang-kadang Ghazali memperkuat pembahasan dan kupasannya dengan menggunakan kata-kata Ibnu Adham, Al-Tustari, Al-Muhasibi dan ahli-ahli Tasawwuf yang lain. Begitu juga tidak sedikit beliau menggunakan riwayat para nabi seperti nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Isa dan lain-lain untuk menjadi hiasan kepada huraiannya . Sebagai dasar budi pekerti manusia, Imam Ghazali memberikan tiga sebab asas iaitu tafakkur membawa erti akal, syahwat membawa erti hawa nafsu dan ghadab yang membawa erti marah.

Memperbaiki budi pekerti bagi Imam Ghazali ialah menuju keseimbangan dalam menggunkan ketiga sifat asas tadi dan menyalurkan kepada perilaku atau perangai yang baik. Didakwa bahawa tidak kesemua kelakuan yang baik itu disukai oleh manusia bahkan sebaliknya kerapkali manusia itu menggemari perbuatan yang buruk. Oleh sebab itu kadang-kadang kita terpaksa mengambil yang buruk pada anggapan manusia dan meninggalkan yang baik menurut ukuran mereka.

Sebuah hadis memperingatkan tentang perkara ini iaitu bermaksud :
Syurga itu diliputi dengan segala macam kebencian dan neraka itu diliputi dengan segala macam keinginan.

Begitu juga dengan maksud firman Allah dalam ayat 216 surah Al-Baqarah: Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkjan yang demikian itu baik untukmu, begitu juga barangkali kamu mencintai sesuatu sedangkan yang demikian itu tidak baik untukmu Apa yang menjadi pegangan yang tegas baginya mengenai kelakuan-kelakuan (khuluk) yang baik ialah ukuran-ukuran yang telah dijelaskan oleh syariat Islam.

Katanya: " Ada pun budi pekerti yang baik itu dapat dicapai dengan cara menghilangkan semua adat dan kebiasaan buruk yang telah diterangkan dengan jelas satu-persatu oleh syariat. Menjauhkan diri daripadanya dengan membencinya sebagaimana seseorang itu menjauhkan dirinya daripada segala macam benda yang kotor disamping dia berusaha dengan bersungguh-sungguh membiasakan adat dan kebiasaan yang baik sehingga memberi kesan kepada jiwanya dan kemudian barulah dia merasakan nikmat dan kesenangan daripada hasil usahanya itu".

Dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin dijelaskan secara lebih mendalam bahawa budi pekerti itu merupakan suatu naluri asli dalam jiwa sesorang manusia yang dapat melahirkan suatu tindakan dan kelakuan dengan senang dan mudah tanpa rekaan fikiran. Jika naluri tersebut melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan yang baik lagi terpuji menurut akal dan syariat maka ia dinamakan budi pekerti yang baik. Manakala apa yang sebaliknya di mana naluri itu melahirkan sesuatu perbuatan dan kelakuan yang jahat maka ia dinamakan budi pekerti yang buruk.

Pada asasnya budi pekerti itu ialah pancaran naluri jiwa semata-mata untuk mempertahankan diri atau keinginan dalam melakukan sesuatu. Ukuran di luar jiwalah yang menentukan buruk baiknya budi pekerti manusia itu. Imam Ghazali memilih untuk ukuran ini ialah suatu ukuran yang tetap iaitu syara’ sebagai ukuran yang tetap dan tidak berubah-ubah. Oleh itu memperbaikkan budi pekerti mesti berlandaskan kepada kebahagian dunia dan akhirat bukannya di dunia sahaja.

Sehubungan dengan ini maka pembentukan seseorang mestilah bermula daripada alam kana-kanak lagi yang ditekankan pendidikannya bukannya dilepaskan memilih sendiri haluan hidup dengan jiwanya kosong kerana ini akan merosakkan anak itu sendiri. Seterusnya Imam Ghazali berkata tentang perkara ini :

" Apabila jiwa seseorang telah biasa dengan merasakan yang enak-enak dan yang jahat sahaja maka sudah pasti jiwa itu tidak akan dapat menerima yang baik dan benar dan ia tidak dapat dikembalikan kepada keadaan yang lebih berat seperti beramal dan bersungguh. Jiwa yang tercela itu akan dimilikinya secara terus-menerus sekali pun bertentangan dengan tabiat baik manusia. Kegemaran kepada hikmah, cinta kepada Allah serta beribadat kepadaNya adalah kegemaran seperti kegemaran kepada makanan dan minuman yang berkhasiat kepada manusia sekali pun bertentangan dan menyimpang daripada kebiasaan liar seseorang manusia dan juga bertentangan dengan hawa nafsu yang telah menjadi kebiasaannya".

Imam Ghazali mengakui bahawa ada manusia yang dilahirkan telah mempunyai budi pekerti yang baik sebagai fitrahnya di mana tidak memerlukan kepada pendidikan dan pengajaran seperpti Nabi Isa, Yahya dan para nabi yang lain dan ia merupakan keistemewaan. Sedangkan manusia yang lain hanya mencapai budi pekerti yang baik jika dia berusaha ke arah itu di mana hanya sedikit anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan mereka itu benar, fasih berbicara, pemurah dan berani.

Sehubungan dengan itu, jalan atau cara yang dipilih oleh Imam Ghazali dalam membentuk budi pekerti ialah dinamakan takhalluk yang bererti sentiasa mendorong jiwa itu kepada perbuatan-perbuatan yang bersesuaian dengan akhlak yang hendak dimiliki. Umpamanya sesiapa yang hendak memiliki sifat pemurah maka dia mesti sentiasa berusaha melakukan perbuatan yang bersifat pemurah seperti membelanjakan harta untuk pekerjaan yang baik sehingga menjadi suatu tabiat yang melekat pada dirinya. Perbuatan seperti ini banyak ditunjukkan oleh Imam Ghazali dalam ajarannya yang dinamakan riyadhah yang bererti latihan membiasakan diri. Oleh kerana itu, 2 bahagian penting dalam kitabnya Ihya’ yang perlu diperhatikan dalam usaha pembaikian budi pekerti iaitu Riyadh al-Nasyi’ yang bermakna latihan peribadi umum da Riyadh al-Sibyan yang bermaksud latihan budi pekerti anak-anak.

Memang terlalu banyak dalam karya beliau yang menganjurkan latihan jiwa
kerana menurut pendapatnya bahawa budi pekerti yang baik itu hanya dapat dicapai dengan mengerjakan latihan dan usaha termasuk keanehan jiwa dan anggota. Beliau berkata bahawa segala sifat yang terdapat dalam hati akan mampu memberikan kesan kepada anggota badan yang zahir yang hanya bergerak sesuai dengan sifat tersebut dan sebaliknya setiap gerak-geri anggota kasar mengalihkan perasaannya sampai ke hati. Imam Ghazali berpendirian bahawa mengubahkan sesuatu budi pekerti manusia itu sangat mungkin boleh berlaku dalam pelaksanaannya sehingga budi pekerti yang baik seseorang itu dapat ditumbuhkan dengan menghilangkan sifat kejinya.

Sebagai alasan, beliau mengemukakan hadis yang bermaksud : "
Perbaikilah akhlakmu" dan menambah hujahnya bahawa jika kelakuan itu tidak mungkin mampu berubah sudah tentu nabi Muhamamd s.a.w tidak memerintahkan sebagaimana hadis tersebut.

Seterusnya tiada guna lagi usaha nasihat menasihati sebagaimana tiada faedah adanya hadis yang memberi pengajaran, janji kesenangan untuk mereka yang berbuat baik dan ancaman keras bagi mereka yang berbuat jahat seperti manusia berjaya mengubah tingkahlaku binatang liar menjadi binatang jinak .

Thursday, October 8, 2009

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

Sekadar untuk berkongsi bersama.

BILA ANJING MENGELUH...
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"


Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"
.