BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010

bahana e-voting






salam..
Anda masih dalam suasana PRK?
Tidak dapat diselindungkan lagi pertembungan ideologi mahasiswa universiti iaitu kumpulan PRO MAHASISWA dan PRO-ASPIRASI semakin hangat didalam negara kita.
Pertembungan diantara dua golongan intelektual mengenai politik di dalam kampus yang menyentuh pelbagai isu.
saya lebih suka menumpukan kepada kampus saya sendiri iaitu UM.


Menurut sumber dari harakah daily :

Kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti Malaya gagal mempertahan kerusi mereka untuk mendapat majoriti dalam Majlis Pimpinan Pelajar (MPP) apabila tewas di tangan kumpulan Pro-Aspirasi.

Dalam keputusan yang diumum lewat petang tadi, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Pro Aspirasi atau Penggerak, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Pro-Aspirasi kembali merampas MPP kampus itu setelah dimenangi Pro-M pada pilihan raya kampus tahun lalu.

Pengumuman keputusan petang tadi dibuat Naib Canselor Prof Datuk Ghauth Jasmon di Dewan Tunku Canselor (DTC) dihadapan penyokong kedua-dua kumpulan.

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat.

Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej.

Kejadian itu menyebabkan Pro-M meragui keputusan yang diumumkan.

Pihak pengurusan pilihanraya bagaimanapun memberitahu hanya akan menjelaskan berkaitan bantahan itu esok.

Pada tahun lalu, Pro-M memperoleh 19 kerusi manakala Penggerak mandapat 20 kerusi.

Bagaimanapun Pro-M berjaya membentuk kabinet MPP apabila dua calon bebas yang menang menyatakan sokongan kepada kumpulan mereka.

Tahun in merupaka kali pertama sistem undian elektronik, e-undi dilaksanakan di kampus tersebut.

Ianya bagaimanapun ditentang hebat khususnya kumpulan Pro-M yang mendakwa sistem tersebut terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan.

Penyokong masing-masing dilihat mula membanjiri DTC seawal jam 5.30 petang sejurus waktu pengundian tamat.

Kedua-dua kumpulan mereka diasingkan sebelah menyebelah tempat duduk bahagian atas dewan dengan dikawal pasukan keselamatan universiti.


Dengan pelaksaan evoting telah menyebabkan satu demontrasi diadakan untuk menuntut pilihanraya semula secara manual kerana terdapat unsur2 penyelewengan semasa proses pembuangan undi.Sistem ini didapati telah didalangi oleh golongan tertentu yang menyebabkan keputusan pilihanraya dipertikaikan.
Menurut suara2 dari beberapa mahasiswa mereka tertanya2 mengapa perlu meletakkan no matrik semasa mebuaang undi dan mengapakah ID password diberikan oleh pihak HEPA dan bukannya ID password itu dibuat sendiri oleh mahasiswa.Ini menimbulkan keraguan kepada pelajar kerana dikhuatiri undi mereka bukan lagi rahsia kerana ada pihak2 tertentu bebas untuk menyemak undian yang telah mereka lakukan.
Ini bermakna demokrasi kampus telah terkubur dan pelaksanaan untuk memilih pimpinan pelajar hanyalah sekadar boneka.

Berlakunya kekecohan selepas pengumuman PRK malam Khamis yang lalu dengan beberapa kumpulan pelajar mendakwa berlakunya penyelewengan.

Kekecohan berlarutan sehingga pagi semalam yang menyaksikan rundingan lebih empat jam terpaksa diadakan oleh pentadbiran UM yang diketuai oleh naib canselornya Gauth Jasmon dengan kumpulan pelajar.

Turut hadir bersama rundingan semalam ialah bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad.

Menurut beliau, bagi mengendurkan ketegangan naib canselor bersetuju menggantung buat sementara semua keputusan pilihan raya kampus UM sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan.

Gauth juga dikatakan bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya semua tuduhan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus harus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

0 comments: