BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 16, 2009

raya oh raya,,,

rasulullah pernah bersabda:

"orang yang berpuasa itu akan memperolehi dua nikmat yang luar biasa,iaitu nikmat ketika berbuka puasa dan nikmat ketika bertemu dengan tuhan-Nya."

Mafhum dari ayat ini yang dikatakan berbuka puasa iaitu berbuka puasa setelah menahan dari daripada makan dan minum bermula dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.1 lagi mafhumnya yang dikatakan berbuka puasa itu adalah hari raya iaitu setelah kita berpuasa sebulan di bulan ramadhan.
Manakala nikmat bertemu Allah ialah ketika hamba-hambaNya itu diberikan ganjaran pahakla yang berlipat kali ganda dari bulan lain serta nikmat kelapangan waktu hamba-hambaNya mendekatkan diri kepadanYA.

Itu sebahagian daripada nikmat yang Allah beri kepada hambaNya.Namun adakah kita selaku hamba menyedari kurniaan Allah ini?ataupun kita masih lagi leka dengan habuan dunia?
Adakah selepas berakhirnya ramadhan ini amalan kita,sikap kita,pembacaan kita,pemakanan kita,gerak kerja kita masih ditakuk yang lama?

Para sahabat biasanya akan menangis ketika berada penghujung ramadhan kerana pada pemikran mereka mungkin ramadhan ini adlah ramadhan yang terakhir bagi mereka.Tetapi kelakuan umat Islam zaman ini jauh berbeza pemikirannya..
Di penghujung ramadhan ini lah berlakunya perlumbaan yang hebat di pasaraya-pasaraya,gedung-gedung dan butik-butik yang menawarkan pakaian-pakaian yang cantik-cantik untuk persediaan hari raya nanti..tidak kurang juga perabot-perabot jati ukiran luar negara turut menjadi taruhan para peniaga sebelum menjekangnya hari raya ini.

Maka terjadilah satu perlumbaan di kalangan umat Islam dalam satu pertandingan yang boleh membawa kepada kelalaian kepada Allah serta menghilangkan hikmah-hikmah berpuasa.Adakah kita sedar semua itu?

wahai saudara-saudariku sekalian,
bersyukurlah kita di malaysia ini masih mampu untuk meraikan aidilfitri dalam keadaan yang aman dan sejahtera.Berbeza dengan kondusi saudara-saudara kita yang berada di Selatan Thai,Afghanistan,Iraq,Kemboja serta lain-lain negara yang mana mereka merayakan aidilfitri dalam keadaan yang huru hara,makanan yang tidak mencukupi,pakaian yang tidak bertukar sekian lama,rumah yang tidak pernah berhias dan macam-macam lagi kekurangan dalam sambutan aidailfitri mereka.

Jesteru saya menyeru saudara saudari sekalian supaya kita menyelami sedalam-sedalamnya mengapakah Allah menjadikan bulan ramadhan dan hari raya aidilfitri ini.
Semoga kita dapat mencapai taqwa yang disebut oleh Allah dalam surah al-baqarah..
mafhumnya " wahai orang beriman,hendaklah kamu berpuasa sepertimana umat-umat yang terdahulu mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"

sekian dulu dari saya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MINAL A'IDIL WAL FAIZIN.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
WSLM..

Saturday, September 5, 2009

ramadhan zaman kanak-kanak

salam..

bila tiba bulan ramadhan terkenang aku ketika di zaman kanak-kanak dulu.
lawak dan sedih pun ada..

hmm.."
dulu bila bulan puasa je berduyun-duyun sahabat-sahabatku iaitu "geng taman bagan" serai yang keahliannya seramai lebih kurang 15 orang termasuk dengan ahli taman lain.
sonok rasenya bila dapat buka pose sama2, pastu men mercun sama2,wat bising kat bawah surau pastu perabih more sungguh-sungguh.

dulu kalo sape2 yg dtg lmbt untuk majlis buka pose or x dtg die akan disoal selidik abis-abisan..hmm..kuat sungguh ikatan persahabatan time tue..
" wei,zahir hang p mana td? awat mai lambt,orang dh nk buka posa ni..
"ak baru balik dari padang bola lah tadi"...
ooo..kemudian ada plak yg bertanya..wei.mana si syazwan?awat die x mai..?
hmm,die balik umah tok dia kt parit 2 kut..
ala..x best r cm ni..
x ramai member..
hmm..
begitulah gambaran masa bulan posa dulu..

nak dikatakan dulu aku ni nakal xlah nakal sangat tapi nak kata bek pun x leh gak.
bila ak join member2 wat keje nakal ak jadi nakallah tp selalunya ak jenis yang duk stay je kt dlm surau..
nak tau x pasal pa??

sebabnya pasal arwah mak long ak akan kawal ak sungguh-sungguh.die x kan bagi ak kuar dari sof,.kalo ak kuar abis la ak kena cubit pastu mak long akan repot kat mak..pastu abis la kena leter kt umah..
tp ak tau knp die wat cm tue,die xnak ak join dgn member2 ak yg agak nakal ni.die nk tgk ak semayang elok2..jgn byk men nnt org x suka kt ak..

so..
ak n adik ak ridwan n safwan ak semayang terawih smplah abis..
member2 yg len kdg2 je wat smp 23..kalo x diorg akan turun bawah n men2 kt bawah..

dulu surau taman ak ni ad sistem kehadiran solat terawih..
sume budak2 kt taman tue ad dlm list name tue x kire laki or pompuan..
so akan berlakulah persaingan kehadiran siapa yang paling byk mai semayang terawih..
besalah memebr2 ak nih..
bila time semayang diorg lesap tp bl nk tanda kehadiran berduyun-duyun plak yg dtg..
hampeh tol..
tp yg selalu kehadiran penuh tau x sape?
hehehe..

x len x bukan ak n adik ak ridhwan n safwan..
ikut sistem tu sape paling byk dtg maka byklah die dapat duit raya.,
hehe..so kamilah yg selalu dapat duit plg byk..
sonok gler time tue..
tp itulah cara ajk surau taman ak wat untuk tarik minat budak-budak untuk dtg surau..
satu cara yg agak bagus walaupun nmpk mcm ajar wat sesuatu ibadah semata-mata nk daptkan ganjaran..

bg ak kalo wat cm tu nk bg semangat kt budak-budak untuk semayang x salah.coz ulamak pun ad berpendapat bahawa untuk mentarbiah kadang-kadang memerlukan kita menceritakan ttg ganjran yg akan diperolehi untuk menimbulkan keghairhan dlm ibadah.

tapi sistem ni dh x djlnkan sejak ak masuk darjah 4..pastu kehadiran budak-budak amat lah merosot..
kadang2 tggl ak n adik2 ak ni je..
kdg2 mula timbul rasa malas nk p terawih..
tp mula lah arwah bapak n arwah mak long marah..
nk x nak kn gak p..
so ak p je lah..w/pun adik2 ak ni culas ckit..

tp ak dh mula malas nk p semayang kt surau..
xdak feel coz member2 dh xdak..
so sbg alternatif ak akan pg masjid plak..
semayang kt sana..
kt sana ad ramai member ckit..
tp ak x bw adik ak..
ak suh depa semayang kt surau ja..
n depa pun dh mula rasa malas nk p surau dah coz ak xdak..
silap betol ak time tue..
awatlah ak x bw adik2 ak p masjid time tue..
huhu..
depa ni dh susah nk nmpk semayang pastu..
mcm2 alasan depa bg..
hmm..
pastu mulalah arwah bapak marah kt depa..
kalo xmau wat 23 pun wat 8 pun jd lah..
so depa pun wat lah 8 ja..
alhamdulillah depa wat gak..

dulu,masa ak umur 6 tahun arwah bapak penah bw ak pg semayang kt masjid..
ak nmpk ramai budak2 sebaya duk semayang duk kt saf paling belakang..
tp nk kata semayang pun x depa ni ..
siap leh sembang2 plak..
ak cuba lah semayang mcm besa..ak igt pesan arwah bapak..
jgn men2..semayang elok2..
tp ade je budak2 ni duk kaco ak semayang..
cabut songkok ak lah,ajak sembang lah..
tp ak semayang je.x mau join depa..
tapi sekali tu depa agak extreme..
tgh2 ak semayang depa ni agkat badan ak..
pastu depa usung ak pastu tauk ak kt belakang..
apa lagi pastu ak nangis lah..
huhu..
pastu ak repot kt arwah bapak tp ak plak yg kn marah..
huhu..

hmm..
pastu memang ak nekad ak x mau p semayang terawih kt masjid dah..
hatta arwah bapak yg ajak sekalipun..
ak prefer semayang kt surau je..
cm bl ak dh masuk darjah 4 baru ak br semangat nk semayang kt masjid..

keadaan dh berubah pas ak masuk asrama..
cara hidup pun dh berubah..
member2 pun jrg jmp dah..
jmp kt surau pun jarang..
surau pun dh lengang..
yg ad hny pakcik2..
kalo dulu kami siap berebut2 nk azan kt surau tue..
siap wat shift lg..
pendek kata surau tu kami yg conquer..
tp skrg x lg..
kdg2 ak balik..
ak tgk surau cm terbiar je..
xdak sape pun yg nk azan,,
sdih tol..
hmm..
bl balik umah je mulalah pakcik2 ni suh jadi imam..
lebih2 lagi kalo ad Tuk Anas(ayah kepada zakiah anas,pgcara 999)..
asal die nmpk muka je mesti die suh jd imam..
alhamdulillah..dptlah ak berbakti kt surau ni walaupun ckit..

kalo dulu pakcik2 ni duk ckp ak ni budak nakal,tp skrg gelaran tu dh bertukar kpd ustaz..alhamdulillah..
cm ak jarang2 balik kmpg..byk duk kt kl ni je..
hmm..
ak harap dpt lah berbakti lebih ckit kt taman ak nih..
sayang ak tgk..budak2 hny dtg surau untuk hadir kelas kafa..
tp bila semayang fardhu len x dtg dah..
hmm..
apapun..
ak akan cuba lah mn yg termampu untuk kembangkan ilmu yang x seberapa nih..
semoga Allah mempermudahkan usaha ak nih..
Amiin..

hmm..
setakat ni dlu..
wassalam..



Thursday, September 3, 2009

ramadhan madrasah tarbiah

acapkali kita terdengar dendangan lagu di bibir anak-anak kecil mengalunkan bulan-bulan islam dari kumpulan nasyid alarme membuatkan igatan kita segar kembali mengigati bulan-bulan suci ini.

"Muharram,safar.rabiul awwal.rabiul akhir,jamadil awwal.jamadil akhir.rejab.sya'ban, ramadhan , syawal ,zulkaedah ,zulhijjah...."

Namun, sedarkah kita bahawa Allah telah menurunkan bulan ramadhan untuk memberi peluang dan ruang kepada hambanya untuk mendekati-Nya.Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda,pintu syurga dibuka dengan seluas-luasnya manakala pinytu neraka ditutup serapat-rapatnya.Tidak cukup dengan Allah menyatakan lagi bahawa amalan-amalan sunat akan diangkat setaraf dengan amalan fardhu dana amalan-amalan fadhu bertambah-tambah nilai ganjarannya.
Syaitan dan ahli keluarganya dibelenggu dan dihalang dari menggangu anak-anak Adam dari menjalankan amal ibadah didalam bulan yang mulia ini.Jadi, unsur keburukan dalam diri manusia sudah berkurang,yang tinggal nafsu sahaja di dalam diri.

Tapi persoalan disini, adakah kita hamba yang dhaif ini mengambil peluang keemasan ini?

Adakah selama 11 bulan dengan keberadaaan kita diluar bulan ramadahan ini tidak mampu memelihara nafsu kita?

Adakah amal ibadah kita semakin banyak di dalam bulan tarbiah ini?
Adakah kita semakin mendekati pencipta kita rabbul 'izzati?
Adakah selepas bulan ramadhan ini,kita akan tetap istiqamah dan konsisten dalam pengamalan tadarus al-quran,solat sunat, amalan bersedekah,beriktikaf di masjid?

Sama-samalah kita kembali mengoreksi diri terhadap keghairahan kita dalam merebut peluang yang dihidang oleh Allah ini..

Tahun ini amat istimewa bagi umat Islam kerana sambutan hari kemerdekaan yang ke 52 jatuh didalam bulan ramadhan..
Merdeka??
Apakah sebenarnya takrif kemerdekaan ini?

adakah kita kebebasan untuk melakukan apa sahaja yang disuka?
ataupun kebebasan seorang hamba dari mengabdikan diri selain daripada Allah?
Alhamdulillah,tahun ini tidak kedengaran berlaku sambutan-sambutan kemerdekaan yang dahsyat yang membawa kepada kemaksiatan.

Dengan slogan 1 Malaysia,pencapaian didahulukan rakyat diutamakan pada fikiranku ada kelihatan berlakunya tranformasi pemikiran daripada rakyat kerana masih waras untuk menghormati bulan yang mulia ini.
Jika sebelum ini,rakyat akan menyambut sebarang perayaan yang gemilang dengan konsert-konsert,pesta-pesta tetapi pada tahun ini cara sambutan sudah berubah.Rakyat menyambut kemerdekaan dengan melangkahkan kaki kenuju ke rumah Allah untuk menyatakan tanda kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama 52 tahun ini.Alhamdulillah,mudah-mudahan kita dirahmati olehNya.

Saudara dan saudaraiku sekalian,
kita sekarang berada dipertengahan ramadahn dan tinggal beberap saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.Persoalannya adakah ada lagi Ramadhan buat kita untuk tahun-tahun yang akan datang?
Jadi sebagai persiapan marilah kita bersama-sama istiqamah dan konsisten dalam mengejar amal ibadat dalam bulan ini.
Ingatlah firman Allah didalam suarj al-baqarah ayat 183 :

يآيهالذين ءا منوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلّكم تتّقون

mafhumnya :
Wahai orang2 beriman,telah difardhukan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana yang telah diperintahkan keatas umat2 terdahulu mudah-mudahan kamu akan menjadi orang2 yang bertaqwa.

sabda nabi Muhammad s.a.w :

من قام رمضان ايمنا واحتسبا غفراله ما تقدّم من ذنبكز
mafhumnya :
Barang sesiapa yang mendirikan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan,maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.

Semoga Ramadhan ini dapat menjadikan kita hamba yang bertaqwa dan semoga kita dapat mengecapi nikmat malam lailatulqadar yang mana malam yang lebih baik dari seribu bulan..
Insyallah..
Salam Ramadhan al-mubarak..

Tuesday, September 1, 2009

merdeka..merdeka..

semua rakyat malaysia sudah maklum pada tanggal 31 0gos Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan.dan pada tahun ini ulang tahun kemerdekaan ini jatuh pada bulan ramadhan di mana semua umat islam diwajibkan untuk berpuasa.
sesungguhnya bulan ramadhan ini tersingkap satu perkara yanag amat menguntungkan kepada seluruh hamba Allah di atas muka bumi.