BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 29, 2009

TAZKIRAH 1 “AL-QURAN SBG PENAWAR”..
SALAM TAZKIRAH BUAT SAHABAT2..SEMOGA ALLAH BERI KETENANGAN DAN DIPERMUDAHKANNYA DI DALAM SEGALA URUSAN..AMIN..
“Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulullah S.A.W yg bernama Ibnu Mas’ud r.a. meminta nasihat, katanya : “wahai Ibnu Mas’ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut.makan tidak enak, tidur tidak nyenyak..”
Maka, Ibnu Mas’ud menasihatinya, katanya : “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, iaitu ke tempat orang membaca al-Quran, engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya atau engkau pergi ke majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi, di situ engkau berkhalwat menyembah Allah, umpama di wkatu tengahmalam buta, di saat orang sedang nyenyak, engkau bangun mengerjakan solat malam, meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurnian hati. Seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini, engkau mintalah kepada Allah, agar diberiNya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lgai hatimu..”
Setelah orang itu kembali ke rumahnya, diamalkannyalah nasihat Ibnu Mas’ud r.a. itu. Dia pergi mengambil wudhuk kemudian diambilnya al-Quran, terus dia baca dengan hati yang khusyu’. Selesai membaca al-Quran, berubahlah kembali jiwanya, menjadi jiwa yang aman dan tenteram, fikirannya tenang dan tenteram, kegelisahannya hilang sama sekali.
Setiap mukmin yakin, bahawa membaca al-Quran saja, sudha termasuk amal yang paling mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat gandam kerana yang dibacanya itu adlah Kitab Suci Ilahi. Maka, al-Quran sebaik-baik bacaan bagi ornag mukmin baik di kala senang mahupun di kala susah, di kala gembira ataupun di kala sedih. Malahan al-quran bukan sahaja menjadi amal dan ibadah, tetapi juga menjadi ubat penawar bagi hati-hati yang gelisah jiwanya. Semoga kita sama-sama dapat mengambil manfaat dari kisah ini. Jadikan al-Quran sebagai teman hati kita.
Wallahhu’alam..wslm..